Monday, December 3, 2012

WDay : Save The Date


Wedding : SAVE THE DATE!

Entry updated : 30.11.12 @ Ofc @ 1400 pm by Cik Yana Tomey! Huahuahua


Assalammualaikum.

Semoga semuanya berada dalam keadaan yang terindah & sihat walafiat. OK! Bercakap tentang persiapan perkahwinan, rupa-rupanya, ianya amatlah memenatkan & memeningkan. Nak tau tak apa yang membuatkan persiapan perkahwinan CY terasa memeningkan? Sangat memeningkan bila semuanya adalah dalam keadaan kewangan yang agak terhad. Heh heh heh tapi tak apa la kan? Mengapa perlu berbelanja terlalu gah untuk sesuatu perkahwinan, sedangkan yang lebih penting adalah kehidupan & keadaan kewangan selepas perkahwinan kan? Setuju tak dengan apa yang CY katakan? :) 

OK. Sebenarnya CY nak cerita tentang "save the date" untuk majlis MACY, eh terasa "excited" la pulak! Hew hew hew terasa gatai la pulak wakakaka. Eh sebenarnya, CY & MA dah tetapkan tarikh untuk majlis kami! Setelah banyak kali MA & parents asyik tanya² CY bila nak langsung majlisnya, akhirnya CY & family pun decide la date yang dirasakan sesuai (oleh CY) mengikut jadual kerja CY yang agak busy kengkonon neh. Hew hew hew. 

Jeng jeng jeng! Nak tau tak bila date nya? He he he. Presenting..

Nikah : 11 Oct 2013, Jumaat (lepas Isyak, Insya Allah) 

Resepsi : 12 Oct 2013, Sabtu (pagi sampai petang, PENAT jadi pengantin nanti kan? heh)

Eh eh eh. Dari hari ini (30.11.12) ada lebih kurang 315 hari lagi ke tarikh pernikahan itu. Cewahhhhh. Tak lama je lagi kan? Mesti ada yang cakap macam lama lagi! Tapi korang kena ingat, masa pantas berlalu. Nanti tau tau dah sampai harinya! Heh heh heh. 

Hua hua hua. Macam slumber yaya slumber papa je kan CY update blog neh masa time keje tanpa menghiraukan staff² di luar bilik itu. Kahkahkah. Vongoks pun ada gak rasanya, sbb MA aka Ted aka Garfel ckp sengal sbb update blog masa waktu ofis! Wakaka. Sebenarnya, CY baru perasan yang dekat ofis neh dah xde keje. yang ada neh sisa² keje je. 


Eh. Pening la nak fikir tentang baju nikah & design baju sanding. Lelaki senang je ek? Pusing² last² baju utk nikah & resepsi = BAJU MELAYU CEKAK MUSANG. Eheh tp kn si Garfel sibuk kekonon nak menonjolkan identiti Johorian dia tu dgn Baju Melayu TELUK BELANGA! Arghhh tak boleh! Sbb CY rasa kalo nak nikah tu, lagi proper pakai Baju Melayu Cekak Musang yang akan menampakkan 'hero pujaan hati' CY yg bambam, ensem (di mata CY) tu nampak DEBOMB! Hew hew hew. Puji En Tunang sendiri ek? Klasik pe kan? Cik Tunang la patut puji En Tunang sendiri kan? Tak kan nak suruh makcik cleaner lak yang puji, kan? HAHA sangat tak kelakar. Sobs. 


Eh. Xpe, yang pasal baju nikah, baju sanding, baju dalam. Eh! Yang tu salah! Wo wo wo. Yang updates untuk sekalian prep yang berkenaan, CY post sikit² la ek. Actually selain dari "save the date", dah agak banyak gak progress utk resepsi CY di KL nanti. Later on CY akan update sikit demi sikit. 


Heh. Percaya tak, satu hari neh tak buat keje langsung? Mim Alip Lam Sin sejuta kali! Heh. Ok. Nak off dulu la. Kesian lak ngan file yang bertimbun menanti untuk direview oleh CY neh.

Till then, 

Cik Yana. XOXO ;)

No comments:

Post a Comment